PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA
0 comments Posted by Abu Adzfar Ibnu Ismail at 3/04/2010 08:05:00 PTG Salam kepada semua pelawat, sekian lama penulis senyap sendiri. Bukan apa cuma agak sibuk dengan tugasan harian maklumkan bekerja dengan orang. Kalau kerja sendiri lainlahkan. Macam saudara penulis yang sorang tu. Dah bebas dari belenggu yang menghimpit perasaan.
Kali ni penulis ingin berkongsi dengan pengunjung yang mampir tentang satu isu yang dah lama. Cuma nak refresh je. Menyegarkan semula ingatan kita terhadap tanggungjawab muslim. Marilah sama-sama kita perkuatkan ummah dengan berhenti dari melanggan produk-produk luar terutama yang mempunyai jaringan dengan bangsa yang amat membenci umat Islam walaupun pada eroninya kitalah sebenarnya yang menyara mereka dengan melanggan barangan mereka selama ini. Sehingga ada antara kita yang terasa tidak dapat hidup seandainya tidak menjadi pengguna barangan mereka. Cukup-cukup lah tu. Tentu di antara kita pernah mendengar firman Allah yang mengatakan bahawa sesungguhnya 'bangsa' itu tidak akan sekali-kali redha selagi kaum muslim itu tidak ikut sama menjerumuskan diri bersama mereka.
Marilah kita sama-sama memartabatkan produk yang dikeluarkan oleh saudara semuslim kita terutamanya dalam soal makanan. Ingatlah bahawa doa dan amal kita selama ini tergantung daripada apa yang kita suapkan ke mulut dan menjadi darah daging. Janganlah mengambil mudah dalam perkara ini dengan hanya menyerahkan tanggungjawab ini pada pihak berkuasa semata-mata. Fikir-fikirkan lah...
;;
Subscribe to:
Ulasan (Atom)


