Kembali Terjalin



Lama rasanya tak menulis di blog ini.Yelah kekadang kesibukan dengan tugas mencecah tahap melampau. badang benar-benar lelah. Syukurlah penulis mengamalkan herba Perubatan JAWI yang ditawarkan oleh HPA selama ini. Kalau tidak entahlah, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.


Penulis juga bersyukur kerana kemelut yang melanda organisasi penulis telah dapat diselesaikan dengan baik, insya Allah. Hendaknya mana-mana benang yang terputus itu kan kembali terjalin. Biasalah seperti mana kata orang bijak pandai, inilah merupakan sunnah orang berjuang. Jalan perjuangan ini bukanlah mudah seperti mana diungkap. Bukan berjuanglah namanya kalau tidak diuji dengan sebegitu hebat. bagi penulis ujian seperti ini hanyal sekelumit sahaja dari ranjau-ranjau yang lebih tajam yang bakal menanti di hadapan jalan insan-insan yang mengisytiharkan dirinya sebagai pejuang agama Allah dimuka bumi ini.

Walau apapun kita dituntut berdoa agar dipermudahkan segala urusan. Semoga redha Allah mengiringi kita semua dalam jejak-jejak perjuangan ini. Menangkanlah Agama kami Ya Allah! Lindungilah Ya Allah para Ghuraba' di jalanmu....Amin Ya Rabbal 'Alamin.

0 Comments:

Post a Comment