Esok adalah sambutan Hari Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2009. Semua pihak begitu sibuk dengan persiapan yang hendak dilaksanakan. Tak terkecuali aku walaupun peranannya tidaklah sebesar mana. Namun peranan yang sekecil inilah yang mampu mencacatkan majlis sekiranya tidak diberikan perhatian yang berat Tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja Jabatan Penjara Malaysia. Tahniah juga kepada semua yang terpilih untuk menerima Pingat Bakti Setia oleh YB Menteri Dalam Negeri terutamanya Y.Bhg. Datuk Wira Haji Zulkifli Bin Omar, Komisioner Jeneral Penjara, YS KP (Operasi) dan Y.Bhg. Dato' KP (Pengurusan) dan barisan Pengarah-Pengarah Bahagian/Institusi yang berkenaan serta Agensi-Agensi Yang Terlibat. Semoga Jabatan ini akan terus mengorak langkah menabur jasa dan bakti kepeda masyarakat. Salam Hari Jabatan Penjara Malaysia 2009.

