Salam buat semua teman. Dikesempatan ini aku ingin kongsikan pengalaman semasa menyertai Kursus Perkongsian Bijak Cemerlang di Hotel de Palma Ampang pada 28 Februari hingga 1 Mac 2009.Aku menyertai kursus tersebut atas pelawaan Ustaz Radzi setelah menjadi ahli AWM Sdn Bhd.Pada mulanya hasratku menyertai kursus ini hanyalah sekadar ingin mengetahui apakah yang ada di dalam syarikat yang sering diperkatakan orang ini secara lebih lanjut. Itu pun kerana niat asalku menyertai syarikat ini adalah untuk menjadi pengguna kepada barangan keluaran syarikat 100% bumiputera Islam.

Namun apa yang kusangkakan pada awalnya adalah jauh meleset. Kami bukannya didedahkan semata-mata kepada peluang perniagaan yang amat menguntungkan, malah jauh daripada itu, pengisian rohani yang amat mengesankan jiwaku hingga ke saat ini.

Sessi Pengenalan Produk Oleh En. Azmely


Ketekunan Mendengar Taklimat


Tuan Syed Ageel Antara Penceramah 'Favourite'Ku


Suasana Hening Semasa Tazkirah/Kuliah Subuh


Asas Kiropraktik Oleh Ustaz Mohd Radzi


Bimbingan Al Mathurat Oleh Ustaz Musa


Nasyid 'Bingkai Kehidupan'


Penerangan Pengarah Jati


Berucap Mewakili Peserta Kursus 
 
Peserta Kursus Bergambar Bersama Fasilitator PBC

Aku ingin sekali mengambil kesempatan dan ruang yang ada ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih buat semua fasilitator yang terlibat dalam kursus ini. Terima Kasih sekali lagi kerana telah membuka mataku yang selama ini seolah tidak berfungsi walaupun terbuka luas. Benarlah bahawa ilmu Allah itu tiada penghujungnya dan tidak akan pernah habis untuk diterokai. Sesungguhnya akulah insan yang tertipu selama ini oleh kejahilan sendiri....



0 Comments:

Post a Comment