Perhimpunan Bulanan IPPM

Hari isnin ini (9 Nov 2009) akan diadakan sambutan Hari Jabatan Penjara Peringkat Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Sehubungan itu, satu majlis raptai akan diadakan pada Hari Ahad (8 November 2009) bertempat di Perkarangan Letak Kereta berhadapan Surau IPPM. Semua penerima anugerah diwajibkan hadir.

Aku sebagaimana biasa pastinya akan terlibat dalam persiapan majlis tersebut. Nampaknya aku terpaksa sekali lagi mohon 'excuse' dengan Ustaz Radzi untuk hadir dalam Kursus Asas Berbekam (Al Hijamah) anjuran Komiti HPA Nilai, Negeri Sembilan pada hari Ahad ini. Mohon maaf semua teman-teman AJK Komiti Nilai. InsyaAllah mesyuarat pada hari Sabtu saya akan hadir.

0 Comments:

Post a Comment