SELAMAT BERKORBAN


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Salam Aidil Adha buat semua teman. Di kesempatan ini penulis ingin ambil kesempatan untuk ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha. Tentunya pada masa ini ramailah saudara semuslim kita sedang sibuk melaksanakan ibadah korban. Tak kurang juga yang berbangga menghitung jumlah korban mereka saban tahun. Cuba apa yang sedikit menyentuh perasaan penulis di hari para umat muslim bergembira ini, adakah sesiapa teringat mahupun terfikir sedetik. Bergembirakan saudara kita di Palestine sana? Bergembirakan jiran kita di Pattani sana? Di saat kita mengira jumlah korban yang disembelih di surau sana, di masjid sini, berapa keratkan yang teringat mahu pun terfikir beramai ramaikah saudara kita disembelih saban kita ini di Palestine mahu pun jiran kita di Pattani sana? Memang ramai antara kita akan menjawab, apakah daya kita di sini. Kita hanya mampu mengirimkan doa tanda keimanan kita yang paling lemah. 

Ya! Itulah nilai iman kita di zaman ini. Masing-masing hanya mampu meluahkan keluhan dan berdoa. Soalnya mustajabkah doa kita saat ini? Kita mungkin tidak sedar atau mungkin pura-pura tidak sedar bahawa kitalah sebenarnya yang mendermakan modal kepada puak-puak yahudi durjana itu untuk memusnahkan saudara seagama kita melalui sumbangan-sumbangan ikhlas digedung-gedung tajaan bangsa laknat itu. Semakin ramai rasanya tanpa segan silu bertandang ke pusat makanan segera tajaan mereka. Maka ingatlah saudara-saudara seagamaku, walau bangsa apa pun kalian... tanggungjawab ini tetap akan di persoalkan tidak kira sama ada kita sedar atau tidak sedar apa tah lagi yang hanya berpura-pura tidak sedar akan sumbangan mereka terhadap keruntuhan ummah di bumi Islam. Janganlah kita kemudian hari meratap dan menyesal akan kesilapan yang dilakukan pada masa ini. Ibarat kata orang bijak pandai... Bukanlah permulaannya yang dikira akan tetapi kesudahannya bagaimana...?

Dosa Jual Beli Hari Jumaat
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
 
 
Sudah menjadi kebiasaan, disebabkan hari Jumaat adalah hari kerja di Malaysia, lelaki yang bekerjaya terpaksa terkejar-kejar mengambil waktu rehat tengahari untuk makan tengahari dan juga menunaikan solat fardhu Jumaat secara berjemaah. Namun, dalam ketika itu, ramai yang tidak sedar setiap minggu, mereka mungkin membeli makanan yang berulamkan dosa.
Sebelum ini, saya pernah mengulas berkenaan hal ini melalui siaran ‘Tanyalah Ustaz TV9' dan juga wawancara bersama Utusan Malaysia. Namun melihat kepada kekerapan dan kurang sensitiviti kalangan umat Islam di Malaysia khususnya. Satu penulisan ringkas yang khusus berkenaan hal ini adalah perlu.
Persoalan jual beli yang terus berlangsung di kalangan peniaga dan pembeli lelaki selepas azan pada hari Jumaat perlu dipandang serius atau ia akan berterusan. Lebih kurang menyenangkan, apabila melihat peniaga-peniaga ini berkhemah di luar masjid, mengambil untung atas perkumpulan umat Islam yang ingin menunaikan solat Jumaat, sedang mereka menjadi penyebab kepada dosa.
PENGHARAMAN JUAL BELI SELEPAS AZAN DI HARI JUMAAT
Solat Jumaat adalah wajib hanya ke atas lelaki baligh dan bukan wanita. Justeru setiap urusniaga di antara wanita dengan wanita selepas azan pertama atau kedua dikumandangkan pada hari Jumaat adalah sah dan harus. Justeru, ia tidak termasuk di dalam perbincangan para ulama dan bukan pula fokus artikel ini. Ia adalah satu keharusan yang disepakati oleh keempat-empat mazhab terbesar dalam Fiqh Islam.
Demikian juga halnya bagi mereka yang tidak wajib solat jumaat kerana sebab lain seperti sakit, musafir dan sebagainya.
Perbincangan hukum hanya berkisar kepada para lelaki, sama ada peniaga lelaki, pembeli lelaki atau kedua-duanya sekali yang sihat, baligh dan tidak bermusafir.
Asas hukum adalah dari surah al-Jumaat ayat 9 yang maksud-Nya:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِي لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
Ertinya :Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
AZAN PERTAMA ATAU KEDUA?
Walaupun telah ijma'[1] di kalangan ulama akan pengharaman jual beli berdasarkan ayat di atas, mereka berbeza ijtihad dalam menentukan pengharaman itu jatuh selepas azan pertama atau kedua.
Perlu difahami bahawa azan Jumaat di zaman Nabi s.a.w, Abu Bakar as-Siddiq r.a dan Umar r.a hanyalah sekali sahaja, iaitu di ketika khatib (imam) naik ke atas mimbar untuk memulakan khutbah. Di zaman pemerintahan khalifah Uthman r.a, bilangan umat Islam bertambah lalu diperkenalkan azan kedua dan seterusnya ketiga (berfungsi sebagai iqamah).
Namun, hasil daripada kewujudan lebih dari satu azan selepas zaman Uthman, para ulama sekali lagi perlu berijtihad dalam menentukan azan manakah yang mesti tiada lagi jual beli selepasnya. Mazhab Maliki dan Hanbali jelas dan tegas bahawa pengharaman adalah selepas azan kedua iaitu di ketika khatib sudah naik ke atas mimbar, ia juga bertepatan dengan suasana di ketika turunnya ayat Al-Quran, para masa hayat baginda Nabi s.a.w.[2]
Imam At-Tohawi Al-Hanafi menegaskan :-
المعتبر الأذان عند المنبر بعد خروج الإمام ، فإنه هو الأصل الذي كان للجمعة على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم
Ertinya : Azan yang terpakai (dalam hal ini) adalah yang ketika keluar imam di atas mimbar, maka itulah yang asal sebagaimana Jumaat di zaman baginda Nabi s.a.w (Mukhtasar at-Tohawi, hlm 24)
Namun demikian, ulama mazhab Hanafi kelihatan mempunyai berbilang pandangan dengan majoriti di antara mereka berijtihad azan kedua adalah ‘pasti haram', cuma terdapat sebahagian besar mereka yang juga berpendapat pengharaman bermula sejak dari azan pertama (azan masuk waktu) lagi atau selepas tergelincirnya matahari pada hari tersebut.[3] Ini bermakna, mazhab Hanafi lebih tegas dalam hal ini dan disepakati oleh keempat-empat mazhab, berjual beli selepas azan kedua adalah haram.
Imam Ibn Kathir Al-Syafie menyebut :
اتفق العلماء على تحريم البيع بعد النداء الثاني
Ertinya : Para ulama bersepakat berkenaan pengharaman jualbeli selepas azan kedua ( Tafsir Ibn Kathir, 4/367)
BERDOSA SAHAJA ATAU AQAD JUGA BATAL?
Walaupun berjualbeli di waktu itu adalah haram yang beerti berdosa atas si penjual dan pembeli, namun adakah aqad jual beli mereka terbatal?
Jika kesalahan ini dilakukan, dosa yang ditanggung adalah satu peringkat, manakala sah batal transaksi itu pula adalah satu peringkat yang lain. Jika aqad tidak sah, beerti pemilikan harga yang diperolehi oleh penjual adalah batal dan demikian juga pemilikan pembeli ke atas barangan beliannya. Jika itu berlaku, beerti kedua-dua mereka menggunakan harta milik orang lain dan berterusan keadaan itu sehingga akhir hayat mereka dalam keadaan penuh syubhat dan bermasalah.
Dalam hal ini, para ulama tidak sepakat dalam menanggapi kesahihan atau terbatalnya aqad. Para Ulama terbahagi kepada dua kumpulan :
Pertama : Aqad adalah sah dan hanya dosa ditanggung oleh penjual dan pembeli. Ia adalah ijtihad dari mazhab Hanafi, Syafie dan sebahagian Maliki.
Kedua : Aqad batal dan berdosa ; Ia adalah pendapat mazhab Hanbali dan majoriti Maliki.
Namun, berdasarkan penelitian, pendapat pertama adalah lebih kukuh, khususnya adalah rukun dan syarat jual beli telah semuanya dipenuhi, kecuali ia melanggar waktu jualan yang diharamkan sahaja, atas kesalahn itu dosa sahaja ditanggung tanpa pembatalan aqad.  
Apapun, amat perlu umat Islam di Malaysia dan dimana sahaja untuk lebih berhati-hati dalam hal ini. Justeru, amat digalakkan agar dapat dinasihatkan kepada para peniaga dan semua warga Muslim yang wajib ke atas solat Jumaat untuk menghindari kesalahan ini. Kita bimbang,akibat kejahilan, ramai yang melanggarnya secara berulang kali.
KESIMPULAN
Kesimpulan, jual beli itu akan jatuh haram hanya apabila:
a) Dilakukan selepas azan kedua sewaktu imam berada di atas mimbar.
b) Dilakukan oleh lelaki (sama ada sebagai peniaga atau penjual) yang wajib solat Jumaat.
c) Mengetahui berkenaan hukum haram ini, dan wajiblah ke atas individu mukallaf untuk mempelajarinya. Wajib pula untuk menyampaikannya bagi yang mengetahui.


Saya amat berharap agar para khatib dapat mengingatkan perkara ini setiap kali mereka berada di atas mimbar, juga diingatkan oleh para bilal sebelum mereka melaungkan azan kedua.



Digalakkan pula bagi orang ramai untuk mengedarkan tulisan ini di masjid-masjid bagi menyedarkan orang ramai.
Sekian,
 
Zaharuddin ABd Rahman
26 Oktober 2009

PERIHAL JANTUNG




~*Jantung*~
Saya akan cerita serba sedikit tentang jantung. Banyak pelajaran berguna yang saya pelajari daripada jantung ini. Jantung ini berakhlak mahmudah (akhlak yang terpuji). Jantung amanah. Dia tidak pernah mencuri. Jantung ini ada satu otot, namanya endocardium. Endocardium ini tidak akan mengambil darah yang beroksigen buat dirinya. 100% darah yang diterima, 100% darah yang berkualiti juga akan dipam semula. Tidak pernah sesekali dia menggunakannya buat keperluan dirinya.

Sekiranya coronary artey tersumbat, jantung tetap tidak akan mencuri. Apa yang akan terjadi? Kematian. Dan jantung menujukkan satu lagi sikap, lebih baik mati dalam kemulian daripada mati dalam kehinaan.

Jantung juga tidak mementingkan diri. Dia tahu organ-organ lain di dalam badan memerlukan bantuannya. Dia bekerja dalam jemaah, ada "team work". Jantung mengepam 5 L darah dalam masa satu minit. Jumlahnya hampir-hampir satu baldi air. Dia bekerja tanpa rehat. Sekiranya manusia tidur, otaknya akan berehat. Tapi jantungnya akan terus menjalankan tanggungjawabnya kepada Allah.

Jantung menerima arahan dari SA node. Bahasa mudahnya, SA node ini seperti seorang ketua dan jantung akan mematuhi arahan ketuanya. Dia tidak akan datang lambat. Dia tahu betapa penting dirinya. Dia perlu selalu berinteraksi, menjaga batas perhubungannya. Sekiranya dia berhenti berinteraksi, akan berlaku "sudden cardiac death". Jantung akan tiba-tiba mati.

Satu lagi perkara mengenai jantung - dia tidak akan berhenti bergerak. Apa yang akan terjadi kalau jantung berhenti bergerak? Darah akan bergumpal dan seterusnya menyebabkan strok dan serangan sakit jantung. Jantung mengajar kita agar sentiasa belajar - menjadi continuous learning person. Jangan berhenti. Exam bukannya terminal (penamat) segalanya-galanya. Sebagai seorang muslim, perlu belajar sehingga ke liang lahad.

Jantung ini patuh pada siapa?? Jantung ini patuh pada penciptanya, Allah. Kalau dia patuh pada saya dan awak, dah lama jantung mati. Contohnya, awak beri arahan, sekarang berdegup cam gini...cam gini...Lepas tu, awak beri lagi arahan...berdegup cam gini...cam gini...Awak akan jadi gila, dan jantung juga akan mati kerana mematuhi peraturan yang tidak masuk akal.


Kadang kita tidak sedar betapa hebatnya kasih sayang Allah buat hambaNya. Derhaka macam mana pun, jatung tetap berfungsi dengan baik. Semua itu nikmat. Nasihat saya buat awak dan saya, bertaubatlah sebelum jantung itu berhenti berfungsi kerana mematuhi perintah RabbNya.

HARGAILAH JANTUNG ANDA.....

WASSALAM...

 

Salam sejahtera semua teman. Kebelakangan ini saya sering menerima catatan atau maklumat berkenaan ramalan akan berlakunya satu bencana besar dalam tahun 2012 atau lebih tepat dianggarkan pada 21 Disember 2012. Sememangnya kebetulan pula dengan filem yang sedang hebat diperkatakan kebelakangan ini iaitu 2012 yang juga membawa mesej yang sama dengan isu yang saya ingin utarakan ini.Kebanyakan web yang saya layari dalam pencarian berkaitan persoalan ini adalah dalam bahasa Inggeris namun saya telah menemui satu web yang menggunakan bahasa Indonesia. Di sini saya 'paste' kan maklumat yang saya ketemukan tersebut:

Ramalan Bencana Besar oleh Bangsa Maya

WARNING...!!! Sebelum membaca artikel ini, Anda harus meyakini satu hal.. Bahwa semua yang ada di langit dan di bumi adalah milik Allah SWT dan semua akan kembali kepadaNya. Hanya Allah yang maha menentukan dan manusia hanya bisa bertawakal terhadap takdirNya.




Bangsa Maya adalah bangsa yang jenius pada zamannya yang konon memiliki sistem penanggalan yang paling akurat yang pernah ada hingga kini. Penanggalan tersebut dimulai dari 3113 SM dan berakhir pada 2012 Masehi. Artinya tidak ada tahun 2013 dalam sistem penaggalan tersebut.

Lalu, benarkah ramalan bahwa akan terjadi bencana besar pada akhir tahun 2012 sesuai dengan sistem kalender bangsa Maya tersebut?
Ada beberapa kemungkinan menurut para ilmuwan dan arkeolog. Sebagian mengatakan tidak akan terjadi apa-apa (semoga saja), ada yang menyatakan bahwa tahun 2012 adalah End of the World (kiamat), dan ada juga yang mengatakan bahwa peradaban manusia saat ini di muka bumi akan habis karena bencana besar (yang konon dikaitkan dengan mencairnya 2 kutub es di bumi akibat global warming) dan muncul peradaban manusia baru.

Menengok catatan kalender bangsa Maya kuno, disebutkan bahwa dari awal hingga akhir bumi terbagi menjadi 5 siklus matahari, masing-masing mewakili 5 kali bencana besar, salah satunya adalah bencana banjir dahsyat, ada yang berpendapat itu terjadi pada masa Nabi Nuh dengan perahu besarnya sebagaimana dikatakan dalam Al-Qur'an.

Keempat bencana ini sudah terbukti, sedangkan bencana yang ke-5 adalah kiamat, dan menurut perhitungan kalender Maya akan terjadi pada 22 Desember 2012 di mana pada saat itu matahari dan bumi membentuk satu garis lurus, persis seperti ujung panah menuju pusat galaksi. Dan dikatakan, bahwa orang-orang yang berkemampuan setaraf dengan Bocah Biru itu baru bisa selamat dari bencana tersebut, dan diramalkan mereka akan berperan besar.

Jika benar, apakah golongan "bocah biru" yang dimaksud tersebut adalah orang-orang beriman yang diselamatkan oleh Allah SWT dari hari kiamat sesuai yang dikatakanNya dalam Al-Qur'an?! Wallahu' alam..

Tapi satu hal yang harus kita pegang teguh, bahwa hari kiamat itu pasti akan datang dan kematian pasti akan datang, hanya masalah waktu. Dan hanya Allah yang maha menentukan. Yang perlu kita lakukan hanya beriman, bertaqwa dan bertawakal kepadaNya.

Anda dapat mencari buku tentang kosmogenik Bagsa Maya untuk tahun 2013 atau Anda dapat mencari melalui search box amazon shop di samping.

Artikel ini hanya sebagai penambah pengetahuan anda. Jangan dipikirkan terlalu dalam dan tidak perlu larut dalam ketakutan. Ambil saja sisi positifnya, dan semoga artikel ini dapat bermanfaat positif bagi kehidupan Anda.

 Saya amat berharap agar teman-teman dapat manfaatkan maklumat ini dan terus melaksanakan tanggungjawab masing-masing seperti biasa disamping memastikan keikhlasan kita melaksanaka ibadah hanya kerana cintakan Allah dan bukannya kerana takut dengan bencana yang bakal tiba. Wallahualam...

Mengapa Yahudi Pintar?

Artikel ini ku temui apabila sedang surf blog Sonny IZIS dan aku rasa maklumat amat perlu kita renungi bersama agar menjadi tauladan di masa hadapan.

Artikel Dr Stephen Carr Leon patut menjadi renungan bersama. Stephen menulis dari pengamatan langsung. Setelah berada 3 tahun di Israel karena menjalani housemanship dibeberapa rumah sakit di sana. Dirinya melihat ada beberapa hal yang menarik yang dapat ditarik sebagai bahan tesisnya, yaitu, "Mengapa Yahudi Pintar?" Ketika tahun kedua, akhir bulan Desember 1980, Stephen sedang menghitung hari untuk pulang ke California, terlintas di benaknya, apa sebabnya Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau hasil usaha sendiri? Maka Stephen tergerak membuat tesis untuk Phd-nya. Sekadar untuk Anda ketahui, tesis ini memakan waktu hampir delapan tahun. Karena harus mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Marilah kita mulai dengan persiapan awal melahirkan. Di Israel, setelah mengetahui sang ibu sedang mengandung, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano. Si ibu dan bapak akan membeli buku matematika dan menyelesaikan soal bersama suami. Stephen sungguh heran karena temannya yang mengandung sering membawa buku matematika dan bertanya beberapa soal yang tak dapat diselesaikan. Kebetulan Stephen suka matematika. Stephen bertanya, “Apakah ini untuk anak kamu?”Dia menjawab, "Iya, ini untuk anak saya yang masih di kandungan, saya sedang melatih otaknya, semoga ia menjadi jenius." Hal ini membuat Stephen tertarik untuk mengikut terus perkembangannya. Kembali ke matematika tadi, tanpa merasa jenuh si calon ibu mengerjakan latihan matematika sampai genap melahirkan. Hal lain yang Stephen perhatikan adalah cara makan. Sejak awal mengandung dia suka sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu. Tengah hari makanan utamanya roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang dicampur dengan badam dan berbagai jenis kacang-kacangan. Menurut wanita Yahudi itu, daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merusak perkembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Ini adalah adat orang orang Yahudi ketika mengandung. menjadi semacam kewajiban untuk ibu yang sedang mengandung mengonsumsi pil minyak ikan. Ketika diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi. Begitu Stephen menceritakan, “Perhatian utama saya adalah menu mereka. Pada setiap undangan yang sama saya perhatikan, mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet),” ungkapnya.Biasanya kalau sudah ada ikan, tidak ada daging. Ikan dan daging tidak ada bersama di satu meja. Menurut keluarga Yahudi, campuran daging dan ikan tak bagus dimakan bersama. Salad dan kacang, harus, terutama kacang badam. Uniknya, mereka akan makan buah buahan dahulu sebelum hidangan utama. Jangan terperanjat jika Anda diundang ke rumah Yahudi Anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk. Akibatnya lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah. Di Israel, merokok adalah tabu, apabila Anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok. Tanpa sungkan mereka akan menyuruh Anda keluar dari rumah mereka. Menyuruh Anda merokok di luar rumah mereka. Menurut ilmuwan di Universitas Israel, penelitian menunjukkan nikotin dapat merusakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada gen. Artinya, keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak( bodoh). Suatu penemuan yang dari saintis gen dan DNA Israel. Perhatian Stephen selanjutnya adalah mengunjungi anak-anak Yahudi.Mereka sangat memperhatikan makanan, makanan awal adalah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oillever). Dalam pengamatan Stephen, anak-anak Yahudi sungguh cerdas. Rata rata mereka memahami tiga bahasa, Hebrew, Arab dan Inggris. Sejak kecil mereka telah dilatih bermain piano dan biola. Ini adalah suatu kewajiban. Menurut mereka bermain musik dan memahami not dapat meningkatkan IQ. Sudah tentu bakal menjadikan anak pintar. Ini menurut saintis Yahudi, hentakan musik dapat merangsang otak. Tak heran banyak pakar musik dari kaum Yahudi. Seterusnya di kelas 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematika berbasis perniagaan. Pelajaran IPA sangat diutamakan. Didalam pengamatan Stephen, “Perbandingan dengan anak anak diCalifornia, dalam tingkat IQ-nya bisa saya katakan 6 tahunkebelakang!! !” katanya. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi olahraga juga menjadi kewajiban bagi mereka. Olahraga yang diutamakan adalah memanah, menembak dan berlari. Menurut teman Yahudi-nya Stephen, memanah dan menembak dapat melatih otak fokus. Disamping itu menembak bagian dari persiapan untuk membela negara.Selanjutnya perhatian Stephen ke sekolah tinggi (menengah). Di sinimurid-murid digojlok dengan pelajaran sains. Mereka didorong untuk menciptakan produk. Meski proyek mereka kadangkala kelihatannya lucu dan memboroskan, tetap diteliti dengan serius. Apa lagi kalau yang diteliti itu berupa senjata, medis dan teknik. Ide itu akan dibawa ke jenjang lebih tinggi. Satu lagi yg diberi keutamaan ialah fakultas ekonomi. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka belajar ekonomi. Diakhir tahun diuniversitas, mahasiswa diharuskan mengerjakan proyek. Mereka harus memperaktekkanya. Anda hanya akan lulus jika team Anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US 1 juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataannya. Kesimpulan, pada teori Stephen adalah, melahirkan anak dan keturunan yang cerdas adalah keharusan. Tentunya bukan perkara yang bisa diselesaikan semalaman. Perlu proses, melewati beberapa generasi mungkin? Kabar lain tentang bagaimana pendidikan anak adalah dari saudara kita di Palestina. Mengapa Israel mengincar anak-anak Palestina. Terjawab sudah mengapa agresi militer Israel yang biadab dari 27 Desember 2008 kemarin memfokuskan diri pada pembantaian anak-anak Palestina di Jalur Gaza. Seperti yang kita ketahui, setelah lewat tiga minggu, jumlah korban tewas akibat holocaust itu sudah mencapai lebih dari 1300 orang lebih. Hampir setengah darinya adalah anak-anak. Selain karena memang tabiat Yahudi yang tidak punya nurani, target anak-anak bukanlah kebetulan belaka. Sebulan lalu, sesuai Ramadhan1429 Hijriah, Ismali Haniya, pemimpin Hamas, melantik sekitar 3500 anak-anak Palestina yang sudah hafidz al-Quran. Anak-anak yang sudah hafal 30 juz Alquran ini menjadi sumber ketakutan Zionis Yahudi. "Jika dalam usia semuda itu mereka sudah menguasai Alquran, bayangkan 20 tahun lagi mereka akan jadi seperti apa?" demikian pemikiran yang berkembang di pikiran orang-orang Yahudi. Tidak heran jika-anak Palestina menjadi para penghafal Alquran. Kondisi Gaza yang diblokade dari segala arah oleh Israel menjadikan mereka terus intens berinteraksi dengan al-Qur’an. Tak ada main PlayStation atau game bagi mereka. Namun kondisi itu memacu mereka untuk menjadi para penghafal yang masih begitu belia. Kini, karena ketakutan sang penjajah, sekitar 500 bocah penghafal Quran itu telah syahid. Perang panjang dengan Yahudi akan berlanjut entah sampai berapa generasi lagi. Ini cuma masalah giliran. Sekarang Palestina dan besok bisa jadi Indonesia. Bagaimana perbandingan perhatian pemerintah Indonesia dalam membina generasi penerus dibanding dengan negara tetangganya. Ambil contoh tetangga kita yang terdekat adalah Singapura. Contoh yang penulis ambil sederhana saja, Rokok. Singapura selain menerapkan aturan yang ketat tentang rokok, juga harganya sangat mahal. Benarkah merokok dapat melahirkan generasi “Goblok!” kata Goblok bukan dari penulis, tapi kata itu sendiri dari Stephen Carr Leon sendiri. Dia sudah menemui beberapa bukti menyokong teori ini.“Lihat saja Indonesia,” katanya seperti dalam tulisan itu.J ika Anda ke Jakarta, di mana saja Anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium, hidung Anda akan segera mencium bau asap rokok! Berapa harga rokok? Cuma US$ .70cts !!!“Hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak universitas? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematika sedunia? Apakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri?”

Negeri Yang Terluka

Awan kelampun bergumpal meninggi
Payungi indahnya khatulistiwa
Namun hanya kegelapan yang hadir
Membawa kedukaan tak jua reda

Hamparan ketaqwaan bentangi bumi
Ingin dilumatkan tirani hina
Di sana negeri muslim telah terluka
Semoga Allah tetap berkahi

Makarpun lingkari indahnya negeri
Tambahkan kesengsaraan yang tak hilang
Namun janji Allah datanglah pasti
Kembalikan cahaya surya nan cemerlang

Hamparan ketaqwaan bentangi bumi
Ingin dilumatkan tirani hina
Di sana negeri muslim telah terluka
Semoga Allah tetap berkahi

Cahaya di sana tersebar kemilaunya
Dari balik wajah cerah nan berseri
Telah kudengar deru gemuruh suara
Takbir tlah meninggi di sana

Ayolah kawan bina tali ukhuwah
Tegakkan bersama cahya Al-Qur'an
Jangan hanya dengan keluh dan kesah
Sambutlah syahid tujuan

Ayolah kawan bina tali ukhuwah
Tegakkan bersama cahya Al-Qur'an
Jangan hanya dengan keluh dan kesah
Sambutlah syahid tujuan...

Hari demi hari makarpun bicara
Lemparkan ke setiap sudut kehidupan
Peluh campur debu darah penuh mesiu
Menghiasi wajah negeriku yang membisu

Hari demi hari makarpun bicara
Lemparkan ke setiap sudut kehidupan
Peluh campur debu darah penuh mesiu
Menghiasi wajah negeriku yang membisu

Hamparan ketaqwaan bentangi bumi
Ingin dilumatkan tirani hina
Di sana negeri muslim telah terluka
Semoga Allah tetap berkahi

Hari demi hari batupun bicara
Lemparkan ke setiap sudut kedzaliman



Album : Berderap di Jalan yang Panjang
Munsyid : Izzatul Islam
http://liriknasyid.com

DOA RABITHAH


Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini tlah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu

bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini tlah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu

bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

kuatkanlah ikatannya
tegakkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya

terangilah dengan cahyaMu
yang tiada pernah padam
ya Robbi bimbinglah kami…

huu..huu..huu..
huu..huu..huu..

rapatkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakkal padaMu

hidupkan dengan ma’rifatMu
matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

rapatkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakkal padaMu

hidupkan dengan ma’rifatMu
matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

kuatkanlah ikatannya
tegakkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya

terangilah dengan cahyaMu
yang tiada pernah padam
ya Robbi bimbinglah kami…
ya Robbi bimbinglah kami…
ya Robbi bimbinglah kami…

[Doa Rabitah-Izzatul Islam]


Syahdunya hati ini mendengar alunan nasyid Doa Rabitah ini. Terasa begitu hampirnya hati ini dengan Ilahi apabila ikut sama menghayati tiap bait lirik doa ini...


Doa Rabitah dendangan Kumpulan Nasyid Izzatul Islam boleh didapatkan disini:Doa Rabitah

DOA RABITAH


Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu


Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu


Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu

Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..

Salam buat semua teman. Dikesempatan ini aku ingin kongsikan pengalaman semasa menyertai Kursus Perkongsian Bijak Cemerlang di Hotel de Palma Ampang pada 28 Februari hingga 1 Mac 2009.Aku menyertai kursus tersebut atas pelawaan Ustaz Radzi setelah menjadi ahli AWM Sdn Bhd.Pada mulanya hasratku menyertai kursus ini hanyalah sekadar ingin mengetahui apakah yang ada di dalam syarikat yang sering diperkatakan orang ini secara lebih lanjut. Itu pun kerana niat asalku menyertai syarikat ini adalah untuk menjadi pengguna kepada barangan keluaran syarikat 100% bumiputera Islam.

Namun apa yang kusangkakan pada awalnya adalah jauh meleset. Kami bukannya didedahkan semata-mata kepada peluang perniagaan yang amat menguntungkan, malah jauh daripada itu, pengisian rohani yang amat mengesankan jiwaku hingga ke saat ini.

Sessi Pengenalan Produk Oleh En. Azmely


Ketekunan Mendengar Taklimat


Tuan Syed Ageel Antara Penceramah 'Favourite'Ku


Suasana Hening Semasa Tazkirah/Kuliah Subuh


Asas Kiropraktik Oleh Ustaz Mohd Radzi


Bimbingan Al Mathurat Oleh Ustaz Musa


Nasyid 'Bingkai Kehidupan'


Penerangan Pengarah Jati


Berucap Mewakili Peserta Kursus 
 
Peserta Kursus Bergambar Bersama Fasilitator PBC

Aku ingin sekali mengambil kesempatan dan ruang yang ada ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih buat semua fasilitator yang terlibat dalam kursus ini. Terima Kasih sekali lagi kerana telah membuka mataku yang selama ini seolah tidak berfungsi walaupun terbuka luas. Benarlah bahawa ilmu Allah itu tiada penghujungnya dan tidak akan pernah habis untuk diterokai. Sesungguhnya akulah insan yang tertipu selama ini oleh kejahilan sendiri....



Perhimpunan Bulanan IPPM

Hari isnin ini (9 Nov 2009) akan diadakan sambutan Hari Jabatan Penjara Peringkat Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Sehubungan itu, satu majlis raptai akan diadakan pada Hari Ahad (8 November 2009) bertempat di Perkarangan Letak Kereta berhadapan Surau IPPM. Semua penerima anugerah diwajibkan hadir.

Aku sebagaimana biasa pastinya akan terlibat dalam persiapan majlis tersebut. Nampaknya aku terpaksa sekali lagi mohon 'excuse' dengan Ustaz Radzi untuk hadir dalam Kursus Asas Berbekam (Al Hijamah) anjuran Komiti HPA Nilai, Negeri Sembilan pada hari Ahad ini. Mohon maaf semua teman-teman AJK Komiti Nilai. InsyaAllah mesyuarat pada hari Sabtu saya akan hadir.

Esok adalah sambutan Hari Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2009. Semua pihak begitu sibuk dengan persiapan yang hendak dilaksanakan. Tak terkecuali aku walaupun peranannya tidaklah sebesar mana. Namun peranan yang sekecil inilah yang mampu mencacatkan majlis sekiranya tidak diberikan perhatian yang berat Tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja Jabatan Penjara Malaysia. Tahniah juga kepada semua yang terpilih untuk menerima Pingat Bakti Setia oleh YB Menteri Dalam Negeri terutamanya Y.Bhg. Datuk Wira Haji Zulkifli Bin Omar, Komisioner Jeneral Penjara, YS KP (Operasi) dan Y.Bhg. Dato' KP (Pengurusan) dan barisan Pengarah-Pengarah Bahagian/Institusi yang berkenaan serta Agensi-Agensi Yang Terlibat. Semoga Jabatan ini akan terus mengorak langkah menabur jasa dan bakti kepeda masyarakat. Salam Hari Jabatan Penjara Malaysia 2009.

;;